Monday, 12 December 2016

Nasi Ayam Paling Sedap
Oleh: Azie Kitchen

 Lauk Ayam: 
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih Bawang merah

Bahan perap: 
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan


Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.



p/s Nota: Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.




Nasi Ayam:

Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah Bawang putih
Halia
2 helaBasuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. i daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula


Rempah penumis -
bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis


Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 






Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 




Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.





Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Assignment ICT | Microsoft Excel

Assignment ICT | Microsoft Powerpoint

Assignment ICT | Microsoft Word

Sunday, 30 October 2016


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus dan bersengkang mata demi menyiapkan task ICT akhirnya Allah beri kesempatan untuk saya siapkannya dengan baik. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. #TanggungjawabSeorangStudent


Ini adalah "Book Cover" saya. - 40 Cara Membina Keluarga Sakinah Menurut Islam.
Mohon doa kot" satu hari nnt saya boleh jadi penulis buku. ^__^


Wednesday, 28 September 2016



Bismillah. 

Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertamaku di Universiti Sains Islam Malaysia. Allah pilih masuk ke sini untuk menuntut ilmu. Kos al-Quran dan Sunnah. In shaa Allah, moga Allah redha.
Kenangan disini tidak dilupa walaupun hanya seminggu kerna kami (ex_Daru Quran) yang terpilih akan masuk ke Darul Quran di bawah pertalian USIM- Sarja Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. 

In shaa Allah meneruskan program Haluan Siswa di Darul Quran pada tarikh 05. Sept. 2016. 


Saturday, 3 September 2016


Assalamualaikum semua ahli blogger. In shaa Allah petang ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak bagaimana tips ataupun metod untuk menghafaz al-Quran dengan mudah dan berkesan. Tips dan metod ini juga saya dapati daripada blog dan buku-buku yang telah saya baca dan pelajari. Moga perkongsian ini bermanfaat. Saya kongskikan sedikit demi sedikit ye. In shaa Allah lama-lama jadi bukit ^__^. 

Jangan RISAU, saya akan terus kongsikannya kepada anda semua. *_^


Bismillah.

Tips yang pertama adalah :


  • Niat

Sebelum kita menghafal al-qur’an maka pertama kali yang harus kita lakukan iaitu niat sepenuh hati dari dalam diri ,dan membersihkan jiwa kita .Niat sangat penting dalam setiap kehidupan kita karena setiap amalan yang kita lakukan berpadukan kepada niat di hati. Perlu dingat bersama, jika kita menghafal cuma karena ingin menjadi penghafal al-qur’an maka hafalan kita pasti akan tidak bermanfaat dan lebih sulit menghafal bahkan akan merasa bosan serta malas. Hal ini di karenakan kita tidak mendapat redha Allah S.W.T. Wana'uzubillahiminzalik.
Adab yang perlu dijaga ketika hendak membaca atau menghafaz al Quran ialah:
  • Wudhu 
  • Berdoa
  • Melakukan amalan – amalan seperti sholat tahajut, sholat hajat , puasa dan bersedekah.

Tips kedua ialah :

  • Menggunakan mushaf yang sama
Menggunakan mushaf yang sama adalah suatu cara untuk  mudah mengingati dimana kedudukan ayat yang kita ingin dan telah hafal dalam mushaf tersebut. 

#In shaa Allah sekadar itu sahaja buat entri blog saya pada petang ini. In shaa Allah kita akan sambung semula dihari yang lain. Moga bertemu lagi. Assalamualaikum w.b.t