Wednesday, 28 September 2016



Bismillah. 

Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertamaku di Universiti Sains Islam Malaysia. Allah pilih masuk ke sini untuk menuntut ilmu. Kos al-Quran dan Sunnah. In shaa Allah, moga Allah redha.
Kenangan disini tidak dilupa walaupun hanya seminggu kerna kami (ex_Daru Quran) yang terpilih akan masuk ke Darul Quran di bawah pertalian USIM- Sarja Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. 

In shaa Allah meneruskan program Haluan Siswa di Darul Quran pada tarikh 05. Sept. 2016. 


Saturday, 3 September 2016


Assalamualaikum semua ahli blogger. In shaa Allah petang ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak bagaimana tips ataupun metod untuk menghafaz al-Quran dengan mudah dan berkesan. Tips dan metod ini juga saya dapati daripada blog dan buku-buku yang telah saya baca dan pelajari. Moga perkongsian ini bermanfaat. Saya kongskikan sedikit demi sedikit ye. In shaa Allah lama-lama jadi bukit ^__^. 

Jangan RISAU, saya akan terus kongsikannya kepada anda semua. *_^


Bismillah.

Tips yang pertama adalah :


  • Niat

Sebelum kita menghafal al-qur’an maka pertama kali yang harus kita lakukan iaitu niat sepenuh hati dari dalam diri ,dan membersihkan jiwa kita .Niat sangat penting dalam setiap kehidupan kita karena setiap amalan yang kita lakukan berpadukan kepada niat di hati. Perlu dingat bersama, jika kita menghafal cuma karena ingin menjadi penghafal al-qur’an maka hafalan kita pasti akan tidak bermanfaat dan lebih sulit menghafal bahkan akan merasa bosan serta malas. Hal ini di karenakan kita tidak mendapat redha Allah S.W.T. Wana'uzubillahiminzalik.
Adab yang perlu dijaga ketika hendak membaca atau menghafaz al Quran ialah:
  • Wudhu 
  • Berdoa
  • Melakukan amalan – amalan seperti sholat tahajut, sholat hajat , puasa dan bersedekah.

Tips kedua ialah :

  • Menggunakan mushaf yang sama
Menggunakan mushaf yang sama adalah suatu cara untuk  mudah mengingati dimana kedudukan ayat yang kita ingin dan telah hafal dalam mushaf tersebut. 

#In shaa Allah sekadar itu sahaja buat entri blog saya pada petang ini. In shaa Allah kita akan sambung semula dihari yang lain. Moga bertemu lagi. Assalamualaikum w.b.t